Jamboree Vitara 2012
Jamboree Vitara 2012
5 OKTOBER 2012, SUNGAI PERTING, BENTONG PAHANG telah berlangsung acara
Suzuki Vitara Jamboree 2012 yang memasuki edisi ke-2 penganjuranya. Bertempat
di Sungai Perting, daerah Bentong, Pahang Darul Makmur acara yang berlangsung
selama 3 hari ini, menyaksikan penyertaan sebanyak 37 buah Suzuki Vitara dan
20 buah kenderaan 4x4 pelbagai jenis menyertainya dan menjadikan ia di antara
penyertaan terbanyak dalam siri penganjuran oleh Suzuki Vitara Club.
Suzuki Vitara Jamboree 2012 kali ini, tertumpu dengan aktiviti berkonsepkan
perhimpunan bersama seluruh ahli Suzuki Vitara Club dan juga rakan-rakan
pemilik 4x4 pelbagai model. Selain itu, pelbagai aktiviti di sajikan kepada
peserta bermula dengan aktiviti pemanduan berhalangan atau ‘Special Stage’.
Sebanyak 4 special stage di reka, dengan konsep muka bumi dan geografi kawasan
camp site di gunakan. Pemanduan yang 100% offroad ini berjaya menguji peserta
dan di sertai oleh 17 buah kenderaan. Selain itu, satu ‘special stage’ pada waktu
malam juga di bawakan kepada peserta, yang mana peserta perlu melalui puncak
bukit dan menuruni bukit sejauh 1km.
Suzuki Vitara Jamboree 2012 juga, menggabungkan acara berkonsepkan riadah
dan keluarga, yang mana acara untuk kanak-kanak seperti meniup tepung, mencari
gula-gula dan meniup belon juga di adakan. Acara keluarga lelaki dan wanita juga
di adakan dan menyaksikan hampir semua peserta mengikuti acara ini yang semestinya
mengeratkan silatulrahim bersama-sama peserta semua. 2012 juga di perkenalkan
dengan satu lagi acara menarik di mana pertandingan memasak untuk golongan
wanita juga di adakan. Seramai 12 orang wanita mengikuti pertandingan memasak
ini, yang mana peserta perlu memasak apa sahaja berasaskan telur yang di sediakan
oleh pihak penganjur. Pelbagai teknik, gaya dan cara masakan di ketengahkan
oleh peserta yang mana akan di adili oleh pengadil acara.
Acara vitara tercantik menjadi acara ke-2 terbesar selepas acara pemanduan
berhalangan yang menyaksikan semua kenderaan Suzuki Vitara yang hadir
mengambil bahagian. Acara ini di adili oleh jemputan khas dan kriteria seperti
kebersihan, kreatif, pengubahsuaian kenderaan Suzuki Vitara di ambil markah
untuk di nilai.
Kawasan perkhemahan yang luas dan damai serta laluan offroad yang baik berjaya
menghimpunkan ahli Suzuki Vitara dari seluruh Malaysia. Rata-rata ahli Suzuki Vitara
Club yang hadir begitu gembira dan berpuashati dan mengganggap ia satu bentuk
aktiviti yang baik dan harus di adakan selalu. Malam terakhir acara Vitara Jamboree
2012, acara makan malam dan BBQ di adakan dan majlis penyampaian hadiah telah
di adakan untuk semua pertandingan yang di jalankan. Keputusan yang di nantikan
oleh peserta begitu mendebarkan dan sememangnya Juara Suzuki Vitara Jamboree
2012 masih di pertahankan oleh Yaman Karim dari Selangor dengan 105 point,
di ikuti oleh Abdul Ghani dari Perlis dengan 75 point dan ketiga Shamsee Asraf
dari Selangor dengan 60 Point. Pemenang membawa pulang hadiah dan barangan
tajaan dari penaja. Pertandingan Vitara tercantik Suzuki Vitara jamboree 2012 di
menangi oleh Sharudin Iksan dari Banting, Selangor dengan markah 90/100, dan
kedua Shamsee Asraf dari Selangor dengan markah 89/100, tempat ke-3 Zamri
dari Klang dengan markah 87/100. Gambar Vitara tercantik tahun 2012 juga
di pertandingan dengan 17 penyertaan di terima dan gambar terbaik dari Abdul
Ghani dari Perlis menjadi juara pertama, di ikuti oleh Sharudin Iksan dari Banting,
Selangor dan ke-3 Azli dari Kota Bharu, Kelantan.
Suzuki Vitara Jamboree 2012 telah melabuhkan tirainya pada 7 Oktober 2012, dan
di jangka aktviti sebegini tetap akan di jadikan acara utama untuk Suzuki Vitara
Club pada tahun hadapan. Suzuki Vitara Jamboree 2012 telah di ketuai oleh
En Mat Saad Bakar (Jasafimi) yang bertindak sebagai Ketua Acara.
Tahniah, Dan Terima Kasih Kepada Semua Peserta
KEPUTUSAN SPECIAL STAGE
1 MANDA (20) 105 Point
2 GHANI (4) 75 Point
3 ICE (27) 60 Point
4 KANZU (32) 50 Point
5 JALI (46) 46 Point
6 ANOR JR (77) 40 Point
KEPUTUSAN VITARA TERCANTIK
1 SHAH IM (53) 90/100
2 ICE (55) 89/100
3 ZAMRI (3) 87/100
4 MERAH (59) 86/100
5 GHANI (4) 80/100
6 AZHAR (61) 80/100
GAMBAR VITARA 2012
1 GHANI (4) - PERLIS
2 SHAH IM (53) – BANTING, SELANGOR
3 AZLI (7) – KOTA BHARU, KELANTAN
GAMBAR SPECIAL STAGE (SS)